Pada Suatu hari Ajoi saja berjalan-jalan di dalam sebuah hutan Ntahkatmanantah selepas beraya di rumah Sumardi.
Tiba-tiba dia ternampak seekor kuda yang diikat di sebatang pokok. Kemudian Ajoi mendekati kuda itu, dan ternampak ada sehelai kertas di atas pelana kuda tersebut.
Kandungan surat tersebut ialah
“Jika ingin menunggang kuda ini anda perlu mengatakan “yes” untuk berlari, dan “No” untuk berhenti”
Setelah Membaca surat itu Ajoi melepaskan ikatan kuda dengan pokok dan tak sabar-sabar nak menunggangnya sambil berkata tak susah rupanya menunggang kuda.
Setelah duduk atas kuda tersebut AjoiBerkata : “Yes….Yes….Yesss!”
Kuda tu pun berlari dengan kencang. Setelah lama juga Ajoi terjumpa gaung yang dalam giler.
Ajoi terus menjerit : “Noooo…..! Nooooo…!”
Kuda tersebut terus berhenti ngam-ngam kat tepi hujung gaung tersebut.
Ajoi sangat gembira, mengenggam penumbuknya sambil berkata: “YES! Gua selamat…!”
Oleh kerana kuda mendengar kata YES dari Ajoi, kuda tu terus angkat kaki dan berjalan ke depan. Maka Ajoi bersama kudanya jatuh Ke gaung yang ada di depannya.
Moral: Jangan suka berkata YES jika gembira, ucaplah Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment