Aku sedang berada di dalam tandas ingin mengambil wuduk untuk solat Isyak. Aku mengambil wuduk di singki dulu sebelum basuh kaki di paip biasa. Singki itu ada cermin dan apabila melihat cermin itu, jamban di belakang boleh kelihatan menerusi refleksi. Sedang aku mengambil wuduk di singki itu, aku lihatlah cermin and alangkah terperanjatnya aku ternampak makhluk hitam seperti sedang menyangkung di belakang jamban itu. Aku pun dengan serta-merta memusingkan badan aku untuk melihat dengan mata kepala aku sendiri tetapi tiada orang pun.
Aku terus pusing lagi melihat cermin dan orang hitam itu masih ada. Ini berulang beberapa kali. Bulu roma aku ternaik dan aku nak pekik tetapi tak boleh keluarkan suara aku langsung! Aku cepat-cepat habiskan mengambil wuduk aku dan terus keluar bilik mandi kelam-kabut dan ketakutan! Bapa aku perasan dengan perangai aku dan aku ceritakan kejadian ini kepadanya. Selepas menunaikan solat Isyak kami bacalah ayat-ayat suci. Kejadian itu tidak pernah akan aku lupakan dan setiap kali pergi ke tandas yang ada cermin, pasti aku akan ingat kejadian itu.
mcm pernah baca je. ;)
ReplyDeleteseramnye..~
lps kjdian tu....abg dh fobia nk tgk cermin mlm2...
ReplyDeleteabg ni asyk nmpk mnda2 cm tu jeq an... brani btol...
ReplyDeleteberni pe ke bndenyer...cuak kot bile nmpk bnde tu...=='
ReplyDelete